Wednesday, December 8, 2021

Taklimat Video Infografik Tanggungjawab Majikan Berkaitan Pematuhan Seksyen 83


 
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan pihak Unit Khidmat Majikan, Cawangan Kuala Lumpur Bandar (CKLB) sedang melaksanakan Task Force Turun Padang Secara Virtual kepada semua majikan yang telah didaftarkan di bawah CKLB.

3. Tujuan utama taklimat Video Inforgrafik Tanggungjawab Majikan Berkaitan Pematuhan Seksyen 83 dalam talian ini adalah untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada pihak tuan/puan selaku wakil majikan. Pada masa yang sama, video ini bertujuan memperluaskan pengetahuan sesebuah majikan berkaitan Seksyen 83, Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dalam memudahcarakan majikan bagi penghantaran Borang CP 22 (makluman pekerja baru) kepada LHDNM.


4. Butiran berkenaan Video Inforgrafik Tanggungjawab Majikan Berkaitan Pematuhan Seksyen 83, ACP 1967 boleh didapati dengan klik pada pautan berikut:

🌳 Video Infografik Tanggungjawab Majikan Berkaitan Pematuhan Seksyen 83

👉 https://lnkd.in/eeBc9r97

👉 https://lnkd.in/e-_Vd8Np 🌳

5. Semoga Task Force Turun Padang Secara Virtual ini dapat membantu dan menambahkan lagi kefahaman tuan/puan semasa menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai wakil majikan di bawah Seksyen 83, ACP 1967 bagi merealisasikan hasrat LHDNM dalam meningkatkan kesedaran Pematuhan Cukai Secara Sukarela.

Sekian, terima kasih.

Pasukan Task Force Turun Padang Secara Virtual
UNIT AUDIT MAJIKAN
CAWANGAN KUALA LUMPUR BANDAR
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
03-20593600
03-8911 1000 (Pusat Khidmat Pelanggan)
http://www.hasil.gov.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...